Wednesday, May 30, 2012

Projek di HARI JUMAAT

haaaaa, menjelang hari jumaat, aku memang rasa bahagia banget, yerlah, sabtu ahad kn CUTI^_^
setiap jumaat, para adam kat offc akan menunaikan solat jumaat, wajip k..so memang jarang la mok jumpa adam2 d offc tiap jumaat, kecuali my bos2, sbb diorang indian & cainis...c,")
cheng che cheng~~~~kami yang hawa ni pn ada aktiviti jga tau....he~~~




ehem3x....


che chengggggg...ha3x

jgn salah faham k...bkn makan oreo cup cake.....

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~~




buat OREO CUPCAKE
hahahahhahaha


BAHAN-BAHAN
125 gm mentega
1/2 cawan gula perang @ soft  brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder* (*digaul rata dan di ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo,kisat halus bersama krim dia sekali
buah strawberry segar untuk hiasan
gula manik halus,untuk hiasan

BAHAN BUTTERCREAM
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA
Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.

UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...

p/s: ni resipi dari offcmate aku yang uda mmg terer bab2 buat cupcake ni....jgn kn cupecake segala bagai cake dia tau buat,...sallut laa.

OK x aktiviti kami ni...?
Ok kn....drpd kami ke perangkaan & habis kn duit shopping...hahahahhaha
atlist, lepas kawin aku dah pandai baut kek utk husband & anak2 aku....fuhhh, dah jauh dah aku merapu...

dah dah dah..........

dada~~~~~^_^


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

ADAM IS GOING TO VIZIT ZAMBOANGGA